Ini adalah kad memeluk Islam bagi setiap muallaf. Kad ini memudahkan kami sebagai NGO apabila ada yang menunggang gelaran muallaf untuk mendapatkan bantuan.
Bila kami ‘check’ kad memeluk Islam, rupanya bukan muallaf menurut definisi jabatan agama (ada Jab Agama meletakkan bawah 5 tahun & ada bawah 3tahun) tetapi mereka terus menerus menunggang gelaran muallaf untuk meraih simpati.
Bantuan boleh diberikan walaupun bukan muallaf tetapi jangan sesekali berbohong. Setakat ini Alhamdulilah kami tidak menerima permohonan dari mana-mana individu yang lahir Islam ‘claim’ mereka adalah muallaf untuk mendapat simpati.
Berapa ramai sahabat yang follow saya di medsos ini adalah muallaf & dah boleh kongsikan sejak bila anda memeluk Islam? Yang original muallaf ya. Yang rasa diri atau ‘claim’ sebagai muallaf tak dikira ya. Jangan nanti kami minta kad memeluk Islam pula. 😉
*gambar pada kad memeluk Islam saya itu dah 16 tahun semasa masih sangat muda lagi. Muka nampak garang sebab masa ambil gambar jurugambar kata muka serius sikit. 😬